Monday, December 6, 2010

Apakah makna hijrah kepada anda?

Asslamualaikum..alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk menulis. Hari ini kita menyambut tahun hijrah yang ke 1432. Saya terfikir, setiap kali memasuki tahun baru, apakah azam dalam diri saya dan apakah makna hijrah dalam diri saya?.Masih terfikir dalam benak hati saya. 

Sepanjang tahun ini terlalu banyak pengalaman berharga yang Allah hendak mentarbiyah diri saya. Bermula saya berhijrah ke bangi kemudian ke alor star dan saya kembali semula ke penang. MasyaAllah, hebat tarbiyah Allah mendidik saya agar saya kenal tujuan saya dilahirkan didunia. Ketika penghijrahan itu,terlalu banyak permasalahan berlaku dalam hidup saya sehingga saya merasakan apakah nilai yang ada dalam diri saya. Cukup hanya Allah yang tahu bertapa saya inginkan rahmat Allah dan pengadilan Allah saat saya jatuh, ketika membuat kesilapan, ketika saya merasa sangat sedih tatkala saya tidak berada dekat dengan rakan2 saya seperjuangan. Itulah nilai tarbiyah yang sangat berharga bagi saya kerana saya belajar untuk mengenali Rabb lebih dekat. Terima kasih Allah. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia2.

Ketika di alor star, saya mengenal masyarakat umum yang saya sangat terasa asing sekali. Mengenal tanda syukur pada Allah dengan apa yang ada, baik persekitaran atau ketika berhadapan dengan msyarakat yang buruk akhlaknya. Saya sangat terkejut melihat cara didikan ank2 di sebuah instusi tadika ketika berhijrah di alor star. Cubit, lempang ,mengeluarkan kata2 yang kesat kepada anak didikan adalah perkara biasa. Saya merasa sangat bingung, apa yang telah terjadi dengan jiwa pendidik di sini. Saya cuba untuk memahami mereka. Persekitaran kita dibesarkan memainkan peranan sangat besar terhadap cara pemikiran kita dan ia membuat saya agar terus bersabar di atas sikap2 mereka yang kadang kala saya cuba ingin membetulkan keadaan didikan disana. Tidak lama penghijrahan saya berada disna tapi ia cukup bermakna yang membuka minda saya agar menjadi insan yang sangat bersyukur dengan apa jua nikmat atau ujian Allah.

Kadang2 apabila kita berada dipersekitaran yang selesa atau zon selesa, sukar untuk kita ingin berubah menjadi lebih baik. Jadi saya menggalakkan kepada insan2 yang sedang berhijrah tempat kerja, rumah atau apa jua, jangan sia2kan penghijrahan anda. Lakukan yang terbaik penghijrahan itu dan bukalah minda kerana setiap apa yang ALlah berikan itulah yang terbaik.Kadang2 kita memerlukan tekanan untuk berubah lebih baik.

Moga Allah memberi jalan agar tahun baru hijrah ini saya mampu berubah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.Salam maal hijrah kepada semua.

No comments:

Post a Comment