Saturday, November 13, 2010

Teacher ,sory..

Alhamdulillah..Allah memberi ruang untuk terus menulis, terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi, kesihatan yang tidak menentu beberapa hari ini membataskan pergerakan saya untuk melakukan kerja-kerja. Syukur, keadaan diri lebih baik dari sebelum ini. Tarbiyah mendidik anak-anak telah banyak mematangkan diri untuk bersedia menjadi seorang ibu apabila saya berkahwin kelak. Interaksi dengan anak-anak perlu melalui suatu proses kejujuran dan kepekaan.






Saya mendapat panggilan dari seorang ibu iaitu ibu kepada salah seorang anak didik saya di taska pada selasa yang lalu. "ada kt mane ni? tanya seorang ibu kepada saya. "Saya ada di rumah kak", saya menjawab,ketika itu  baru sahaja pulang dari taska. "emm ,aqilah nak jumpa rika, nak minta maaf, dari petang tadi asyik menangis  nak jumpe teacher rika", jawab ibu trsebut. Saya tercengang.Apa yang dah berlaku ?. Puas saya fikir untuk review andai ada perbuatan saya menyebabkan anak ini terasa hati."Akak on the way nak pergi kerumah rika sekarang". ok saya membalas. Panggilan berhenti. 


Saya terus turun apabila mendengar sebuah kereta berhenti dihadpan rumah. "Rika ,akak tak tahu nak wat macm ner, aqilah dari tadi asyik menangis nak minta maaf ngan teacher", jawab ibu anak ini sambil memegang anaknya aqilah yang mata kemerahan banyak menangis. Sian anak ini. Emm saya terus memegang tangan aqilah,mengusap lembut belakang badannnya dan menghulurkan gula2 kepadanya. " Ok teacher dah maafkan aqilah ye, lain kali jangan pukul teacher tau, teacher tau aqilah anak yang baikkan", saya cuba untuk menghiburkan hatinya. Anak ini masih tidak puas hati, merengek2, "nak tido ngan teacher" aqilah menjawab.Saya terkejut. Ibu anak ini terkejut sama. "Ok, sok kiter jumpa lagi yer aqilah, "saya cuba memujuk. Kemudian , si ibu terus mengambil anak masuk ke dalam kereta. Saya simpati melihat keadaan ini. 


Saya teringat petang tadi aqilah memukul saya dengan kuat, sudah beberapa kali saya melarang, tidak dinfikan ank ini sangat lasak ,agak keras hati sikit, sukar mendengar kata, tapi sangat sensitif hatinya.Mungkin perbuatan saya berkata tidak mahu berkawan dengannya dia terasa begitu sekali. Maafkan teacher, teacher tidak bermaksud ape2.


Saya belajar dari pengalaman ini, anak2 hati sangat halus, bersih dan jujur. Mereka akan melontarkan apa yang terasa dihati mereka. Berhati2 mengeluarkan kata2 pada anak didik, kepekaan jiwa mereka sangat tinggi, jadi mereka akan tahu apabila kita marah, benci, sayang kepada mereka. Alhamdulillah, saya sering mengajar di taska agar  anak2 minta maaf pada orang lain kalau kita buat salah,aqilah cuba mempraktiskan apa yang dipelajarinya. Nampak kecil tapi pemblajaran ini membentuk akhlak anak2 yang sekarang ini jarang dipraktiskan dirumah. Moga saya terus belajar dengan anak2 ini untuk menjadi pendidik yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment