Saturday, October 16, 2010

Tarbiyah Allah

Saat apabila kita melihat penderitaan oang lain, kita akan terus untuk bangun memperbaiki diri kerana ramai di luar sana memerlukan pertolongan kita,baik rakan sekitar , keluarga atau masyarakat di luar. Hendak memberi yang terbaik buat semua tapi kadang2 kita tidak mamu untuk memenuhi segalanya. Maaf insan2 yang sangat memberi harapan. InsyaAllah, mana yang mampu saya cuba untuk terus memberi dengan kudrat yang ada.

Buat kakak yang disayangi,  satu cabaran yang sangat hebat ditempuh oleh mu, moga Allah memberi kekuatan kepadamu dalam mendidik anak-anak mu biarpun tiada insan bergelar suami disisimu. Takziah. Allah lebih menyayanginya. Pandang hikmah atas sesuatu, memang pahit tapi Allah hendak menjadikan dirimu insan yang terbaik disisinya.Allah sentiasa bersammu. Hati ini sayu apabila melihat anak-anak masih kecil.Jika diikutkan hati, saya ingin mengambil mana-mana anak-anak ini untuk dijaga, mengurangkan beban yang sedia ada, tapi sanggupkh seorang ibu berpisah dengan anak-anaknya. Cukuplah setiap kali ziarah mengembirakan hati anak-anak ini, wajah tersenyum terukir sangat membahagiakan. Moga anak-anak ini menjadi insan terbaik didunia dan akhirat. Jika ada kesempatan, saya ingin membawa ank-anak ini menghadiri majlis ilmu spt program motivasi agar mereka terus bersemangat untuk belajar dan dekat cinta kepada Allah. Alhamdulillah, kakak memberi respon yang sangat baik. Moga Allah terus memberi jalan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment