Sunday, October 24, 2010

Permata Tarbiyah

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..Allah masih memberi ruang untuk terus bernafas dan kesihatan tubuh badan dalam melaksanakan ketaataan padaNya. Nikmat yang sangat besar apabila seseorang dikurniakan ketengan jiwa  dan hati saat diri tidak mampu untuk berdiri teguh, ini adalah kerana dengan rahmat Allah yang besar memberikan kelapangan jiwa.
Syukur, melihat permata tarbiyah yang begitu semangat hadir kerumah saya baru2 ini..Pengalaman yang sangat indah melihat jiwa2 muda yang ghairah dlm mengejar cinta Allah.Moga semangat ini tidak terus padam dengan kelarutan kerosakan akidah zaman ini. Handphone saya berbunyi pada jumaat petang,
" akak kami nak dtg ke rumah sok" ,saya membaca msg tertera di hp. Perasaan sangat gembira, hati ini tidak sabar menunggu kehadiran mereka, terkejut pun ada sbb tidak sangka mereka ingin hadir kerumah saya sedangkan exam mereka blum habis lagi.

Secara tidak langsung, saya terus membuat perancangn agar ruang yang ada ini tidak disiakan begitu shj. Bukan mudah untuk mereka hadir kesini. Peancangan aktiviti dari Sabtu tengahri-ahad tengahri. Alhamdulillah , banyak ilmu dapat dicurahkan dan dikongsikan dengan adik2 ini. Dari aktivti LDK, pengisian, memasak, riadah, tyangan, walaupun sekejap masa bersama, mg adik2 ini mendapat kefahaman lebih jelas tentang keberadaan mereka dlm tarbiyah ini.

Moga ini menjadi cetusan buat saya untuk terus memberi kepada orang lain baik rakan2 sekitar, keluarga, adik2 tarbiyah dan masyarakat.Moga adik2 ini menjadi permata tarbiyah yg mampu menyampaikan islam kepada org lain.Selepas habis segala aktiviti bersama, mereka pun pulang. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya walaupn pada awalnya pelbagai maslah, moga ia menjadi tarbiyah buat diri saya agar teus  optimis dengan ujian.Terima kasih kepada rakan2 yang membntu. Moga ini satu usaha mengejar syurga Allah dan moga segala amal2 kita diterima Allah insya.

No comments:

Post a Comment